I Got Talent! -PART 2-

Seperti dijanjikan, 'I Got Talent Part 2' kini bersambung. Hehe. Maaf la ayat nak macam 'journalist' je kan. Bile tengok ada jugak orang yang berkenan dengan pilihan kain dan warna yang saya pilih tu, sampai habis satu gulung kain, tetiba ada la juga rasa bangga tu kan. Hehe. Tapi bangga sekejap je la, sebab lepas hantar kain kat 'tailor', boleh pulak kain untuk buat baju Aaisyah tak cukup. *sob sob* Nasib la anak, dapat ummi sihat. Hehe. Pasai tu tak boleh nak berbangga, apa-apa pun kena syukur ye dak. Hee.  Lepas da pilih kain tu, terus la saya 'match'kan dengan kain songket yang saya berkenan awal-awal tadi. Seperti dijangka, kain songket tu pun 'hot selling' juga, sampai dah nak habis satu gulung. Waktu ni suami dah tak tahan tunggu dalam kereta, plus dah dapat parking, die pun teman la saya pilih kain. Tapi kalau dah nama suami tu, sepanjang masa 'OK' je dia. Hehe.

Sambil akak promoter potong kain, otak memang berjalan je sepanjang masa, cuba fikir apa lagi nak tambah sebab kalau baju plain, kain songket, tapi tetap ada rasa 'something missing'. Saya pusing sekitar situ, ternampak la 'border lace' yang cantik-cantik belaka. Tapi bila nampak je 'border lace', otak saya otomatik terbayang-bayang 'border lace' warna hitam. Memang ada 'border lace' warna hitam, tapi besar sangat, mula-mula rasa macam tak padan, tapi lepas bayang-bayang rupa baju kurung saya kalau dah siap nanti, terus rasa ok. Lagipun bagi saya corak 'border lace' tu memang cantik lah. Untuk baju Aaisyah, saya memang 'totally blank', tak tahu nak buat baju apa. Tapi saya fikir, balik ni cari idea. So, takde lah stress sangat kan.

Next, nak hantar baju kat 'tailor' pulak, yang ni memang stres tahap melampau, sebab banyak 'tailor' yang ambil murah-murah dah tak amik tempahan lagi. Saya 'google' senarai 'tailor' area bangi, kajang, putrajaya dengan gigihnya, dan terus 'call' setiap kali lepas jumpa, tapi kebanyakannya kata dah tak terima tempahan. *Pengajaran: Lain kali beli kain pasang awal-awal ye* Kebetulan saya teringat 'tailor' cina area bangi, nama kedai SPARK MASTER TAILORING. Ape lagi, terus saya call dan Alhamdulillah, tempahan masih dibuka, tapi seingat saya 'tailor' cina ni memang mahal sikit cas. Tapi redha je la kan, da memang lambat pun hantar kan. Yang bagusnya suami isteri jadi tailor. Baju suami saya hantar kat kedai suami dia, WARTA. Baju saya dan Aaisyah hantar dekat kedai wife die kat seksyen 4 Bangi. Bagus kan! Ni fb dorang kalau berhajat nak tempah kat situ. https://www.facebook.com/bethesparkmastertailoring/timeline

Untuk baju Aaisyah pulak, saya dapat idea lepas google macam biasa, hehe. So, berangan la nak buat baju peplum dengan ada reben kat belakang.

Ini lah contoh baju yang saya jumpa untuk Aaisyah
              *Gambar ihsan Mr. Google*
                                                
Ingatkan dah lega lepas dah setel hantar baju kat 'tailor', tapi tak lama lepas tu, aunty Jessica call kata kain untuk buat baju anak tak cukup. Sedih, sebab memang ingat cukup. Huu. Next wiken tu, kami pun pergi balik JAKEL Shah Alam, and kain tu dah 'out of stock'! Nak tak nak terpaksa cuba nasib kat JAKEL K.L. Rupanya besar betul eh JAKEL K.L ni. Gigih betul, lepas buka puasa, terus bergerak ke K.L.

Siap bawak bekal. Aaisyah tengok je la abi makan ye


Macam biasa, ummi bergerak aktif cari kain pasang yang sama untuk Aaisyah. Kata nak sedondon kan. But sadly, kat cawangan K.L yang besar ni pun out of stock. Ummi menangis semahu-mahunya *dalam hati je la kan. takkan nak berdrama pulak kat situ. hehe* Lepas agak-agak ummi dah redha kita tak dapat sedondon, ummi pun try pilih warna yang cantik dan seakan-akan walaupun sebenarnya tak sama langsung. Huu. Lepas tu, sebelum bayar dapat idea nak tambah lace kat baju Aaisyah. Akak promoter pun bawakkan dan bagi cadangan yang paling sesuai dan cute sangat. Akhirnya, ummi pun puas hati dan redha. Tak habis-habis dengan redha kan.

So, the next day saya hantar kain Aaisyah dekat tailor yang sama. Aunty Jessica ni baik, layan je permintaan saya. Saya minta buatkan besar, amik contoh size baju 6 months, tambah lace, tambah reben, tambah tali. Banyak betul kan! Untuk baju saya, saya mintak buatkan baju breastfeeding friendly, tambah lagi zip kat belakang, lace kat tangan dan kat lutut. Alhamdulillah, memang betul-betul dalam seminggu lagi nak raya baju kami anak-beranak pun siap. Memang puas hati! 

Walaupun shopping last minute, ummi puas hati dengan hasilnye :)

Ni lah baju caca yang ummi reka pakai Google. Hehe.


So, ni lah talent yang saya nak bagitahu sebenarnya! Saya tak sangka yang saya ada bakat design baju sendiri, Dari pilih kain, border lace, memang ikut instinct je banyak. Saya rasa kebanyakan kita mesti ada hidden talent yang tak muncul-muncul lagi. Try la, mane tahu korang pun ada bakat tersendiri. Since that, baru saya sedar, talent ni kita kena discover. Kalau duduk je, tanpa buat apa, macam mana nak tahu yang kita berbakat atau tak. Satu je talent yang waktu ni jugak kt boleh tau kt ada ke tak. Bakat menyanyi! Saya memang out la kalau bab menyanyi ni. Memang hancus. Dulu saya suka nyanyi, setiap kali tu mesti ayah perli, "kamu ni menyanyi ke bercakap?" Sedih tak? Sedih giler kan. Tapi saya ngaku saya nyanyi memang tak ada tone, pitching ke laut habis lah. Paling penting, tak sedap langsung! Haha

Last but not least, selamat men'discover' bakat yang terpendam. You might be a genius for a long time, but you never realised it :) Share la bakat terpendam yang korang ada ye! :)

XOXO
-Ummi Aaisyah-

Seperti dijanjikan, 'I Got Talent Part 2' kini bersambung. Hehe. Maaf la ayat nak macam 'journalist' je kan. Bile tengok ad...

I Got Talent! -PART 1-

Iye iye je tajuk kan. Dah macam Britain's Got Talent pulak. hee. Tp serius, since bekerjaya sebagai house manager (nak jugak bekerjaya, padahal house wife je hehe)ni kan, mcm2 talent la yang saya cuba discover setiap skill yang boleh. Kelas knitting saya pernah pergi, tp tak teruskan sebab rasa macam susah sangat, menjahit ada la belajar sendiri sikit2, skill memasak dan baking, memang yang paling best!.hehe. So far memasak dengan baking la favourite saya. Ade la beberapa resepi yang jadi favourite n mostly yang simple2 je. Baking pn baru beberapa resepi je yang try. N also, mintak tolong bff ajar baking. Last time die ajar buat congo bar. Alhamdulillah menjadik! Meh belanja satu pic.

  
                                          Looks yummy! Rase congo bar ni pun yummy :)

Tapi actually, dalam semua skill2 ni, saya nak highlightkan this one particular skill yang memang xdisangka wujud dalam diri tanpa sedar. Ayat nak gah je kan.hehe. The story began when I went to shopping for baju raya. Mule2 jenuh fikir nak beli siap ke nak beli kain jahit. Sebab kalau nak hantar tempahan kena la beli kain siap awal-awal kan. Tapi saya da nak dekat puasa baru nak beli. Tapi waktu tu rasa nak redah je, terus ajak suami pergi JAKEL kat Shah Alam. Kebetulan memang ada kenduri berdekatan situ. Masuk-masuk dalam JAKEL je, memang blur habis. Saya masuk pilih sorang-sorang, sebab Aaisyah baru je dua bulan waktu tu, so die duduk dalam kereta dengan abi die, plus parking memang full.

                                      Aaisyah dating dengan abi while ummi shopping ok <3

Then, baru je lepas eskalator ke tingkat 1, tibe-tibe dengar bunyi 'mic' panggil "HAPPY HOUR", den pun terus la pergi kat bahagian tu. Boleh pulak terpengaruh, and end up beli 1 kain pasang yang xberniat pun nak pakai 1st raya. Hehe


                                                          
       Ni lah 1st tangkapan. Berkenan sangat dekat corak abstrak plus the colour looks very nice :) 

So next skill yang saya discover is saya boleh shopping dengan sangat pantas. Sebab teringat-ingat anak kat dalam kereta, tu yang berusaha nak cari cepat-cepat. Kalau waktu single, jangan haraplah. Pusing satu kedai JAKEL dulu, last sekali baru buat pilihan. Kalau tak pun, balik rumah dulu, kalau teringat-ingat baru datang balik beli. Punyalah banyak betul masa zaman muda-muda dulu. Tapi, diblend sekali dengan support suami yang memanjang call tanya dah beli ke? Cepat sikit. Tu memang ayat fav die eh. "Cepat sikit" hehe. Tu memang penyumbang utama kepada skill saya ni hehe. 

Then, baru nak start pilih kain pasang buat baju raya. Actually, lepas happy hour tu, saya masih 'blur' nak beli kain apa. So, saya dengan kebuntuan yang teramat, sambil 'scan' kain sambil fikir tema. Trend raya tahun ni banyak batik songket sarawak, dan pemilihan warna banyak yang lembut or 'pastel'. So, saya mintak promoter tunjuk kain-kain yang 'plain' dahulu, sebab nak cari idea warna tema. So, baru la saya tahu rupenye makin mahal harga kain, makin elok kualiti. *nampak sangat jarang beli kain pasang* hehe. Mula-mula, promoter bawak bahagian kain plain tapi kualiti tak berapa elok, kain agak keras, tak lembut. Saya cuma fikir waktu tu takut panas bile pakai. Suami saya pulak memang tak boleh pakai baju panas-panas, cepat berpeluh pastu ruam. 

So, saya mintak bawak ke bahagian kain yang elok sikit, memang kebetulan waktu nak pergi ke bahagian kain pasang 'plain' tu, saya lalu bahagian songket-songket. Saya sekali lagi cuba scan dengan pantasnya kain songket, and again, dengan pantasnye cepat je berkenan dekat satu songket ni. Sampai bahagian kain pasang 'plain' tu, saya sekali lagi terus minat dengan warna ala-ala peach lembut. Warna kain 'plain' tu pulak sesuai dengan kain songket yang saya tengok sebelum tu, terus saya grab kain songket untuk saya dan Aaisyah, dan kain 'plain' untuk kami bertiga. Tengah akk promoter potong kain 'plain' tu, ade lagi customer yang minat dengan warna yang sama. So, dorang tunggu turn pulak nak ambil kain tu. Memang habis satu gulung kain tu! 

Next talent saya cerita dekat next entry ye sebab takut panjang sangat. Thanks for reading :)

Bersambung.....................

-Ummi Aaisyah-

Iye iye je tajuk kan. Dah macam Britain's Got Talent pulak. hee. Tp serius, since bekerjaya sebagai house manager (nak jugak bekerjaya,...

Nasi Goreng & Blog

Assalamualaikum & Hye!

How is it nasi goreng related with the blog? This morning, I woke up and I totally forgot that I have started blogging. That can be seen with this entry as I don't even take a single picture of my super delicious nasi goreng! *Haha sorry sekali sekala nak perasan apa salahnye kan* The story of this delicious nasi goreng *sorry tiada dalam gambar-next time I will make sure I take a lot of pics ya!* was in my practical at MAS (now known as MAB if I'm not mistaken). Kisahnye, my bff always bring this delicious nasi goreng to office. As usual, we bff like to share, and she gave me the nasi goreng to taste. I was super impressed by the taste! It was really really really delicious! Tak tipu, serius. and the person yg cook that delicious nasi goreng was her maid. My bff then knew that I love that nasi goreng and she always asked her maid to make nasi goreng for me (baik gilek kan-xoxo). Since I didn't take any pictures of it, so I'm not gonna share the recipe yet ok. So, I hope you guys will be patience until the next next next post . Hehe. LOL & Take Care!

-Ummi Aaisyah-

Assalamualaikum & Hye! How is it nasi goreng related with the blog? This morning, I woke up and I totally forgot that I have started ...

Lovely Intro

Assalamualaikum and hye to all readers!

It's 1:18 a.m in the morning and i'm officially starts blogging! Alhamdulillah, praise to Allah because I really love to write since I was in the high school (dulu setiap kali cikgu tanya nak jadi ape bila besar nanti, standard jawapan 'wartawan' sebab suka bercerita hehe). Basically, I love to write in Malay, but I'm a master of campur-campur language.hehe. Hope that will be fine for you guys! Also, hopefully I can be very consistent in updating my blog, insyaAllah. Pray for me ya!  Btw, that cheeky smile I adore belongs to my little girl, Aaisyah! She's so cute when she smiles, but she always suka buat muka masam coz Aaisyah loves to daydream. She will buat muka masam everytime she daydreams. But it looks like I have to force her to always make that cheeky smile since I already put 'that cheeky smile'  as a title for this blog. Hehe. Just joking! But I'll still try my best to make my little Aaisyah happy all the time. Kan dah kata, I really love to write. Nak cerita pendek dah jadi panjang hehe (ni baru intro padahal). Ok la, it's almost 20 mins passed by since I start writing. Good Night! :)

-Ummi Aaisyah-

Assalamualaikum and hye to all readers! It's 1:18 a.m in the morning and i'm officially starts blogging! Alhamdulillah, praise to ...